Friday, July 24, 2015

MAJLIS PERTUNANGAN AYU BARBYDOL



...Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi sudah seminggu kita menyambut syawal. Disini cik dol
mengambil kesempatan mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Kita kosong-kosong ye kalau ada tersalah dan silap. Tajuk entry kali nie agak luar biasa diam tak diam cik dol bertunang? bila tu ?? Semua kawan-kawan cik dol tertanya-tanya
waahhh dengan siapa pulak tu ? sejak bila pula bercinta bagai kan ? Alhamdullilah selang 
beberapa bulan selepas wedding adik cik dol giliran cik dol la pulak dah sampai seru orang kata.
Majlis pertunangan pada 19 JULAI 2015 syawal ke-3 (Ahad). Semua orang sebok beraya yang 
cik dol sebok bertunang.

Baju , tudung, veil beli dah siap je. Veil yang paling owsem nie cik dol beli di 
IG : beadlacehouse (INSTAGRAM) memang berpuas hati sangat dengan jahitannya sangat kemas. If korang berminat nak menempah veil follow la IG diorang ye.



Tak lupa juga terima kasih kepada MUA MAKEUP daripada Kak Maria D'Touch memang
superb punya makeup wat muka cik doll nampak dolly sangat. Tangan cik dol nie tak 
habis-habis dok pengang henfon je menunggu ketibaan rombongan lelaki mai Ipoh. Dari
Kuala Kangsar - Ipoh. Punya la nervous bukan kemain lagi risau lambat lagi ke.. jammed teruk 
sangat ke highway tu kan?? Alhamdulillah sampai juga.. 

...Rombongan belah lelaki...

Tema pertunangan cik dol ialah bertemakan Pink Peach + Coklat Cream banyaknya campuran
warna. Pelamin buat sendiri je hasil tangan daripada ibu tercinta terima kasih sangat sebab buat 
pelamin ayu cantik sangat. Antara hantaran-hantarannya :-





Sesi bergambar bersama keluarga lelaki :-


Ibu & Bakal Mak Mentua

Mana gambar bakal suami pula ? Bakal suami tunggu next year cik doll hudpate ok untuk wedding next year insyallah.. 
 

Since 2010-2019 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol