Saturday, May 7, 2016

WEDDING AYU BARBYDOL-AKAD NIKAH #ayuezad (PART 1)



...Assalamualaikum...

Baru ada kesempatan nak hupdate blog. Pejam celik pejam celik "AYU BARBYDOL DAH KAHWIN" syukur alhamdulillah persiapan pernikahan semuanya berjalan dengan lancar. Hari akad nikah pada 11.03.2016 - Jumaat selepas solat Asar. Seramai 6 orang yang bernikah pada tarikh tersebut. Ayu nak kongsikan cerita sikit betapa bedebaq la katakan masa nak nikah tu sampai penuh masjid berkerumun yang datang tengok masa akad nikah tu. Akad nikah di Masjid Saadah Kg Dato Ahmad Said Tambahan 2.



Bila dah ramai mula la rasa dup dap dup dap. Ya allah permudahkan lah segala urusan akad nikah. Seramai 6 orang yang akad nikah tu... ayu yang ke -3 daripada 6 orang. Reramai nak akad nikah 
cuba teka yang mana satu suami ayu ye ?? jeng..jeng... 


Tq juga kepada kawan-kawan yang sanggup tunggu ayu time akad nikah sampai bersidang bagai di belakang.


Saat yang dinanti nantikan tiba giliran akad nikah Ayu dan Ezad. Alhamdulillah dengan sekali lafaz ayu dah begelar istri kepada farrezad dengan mas kahwin  RM1*** dan sebentuk cincin. Hilang bedebar syukur semuanya selamat. Apa lagi mula rasa nak teroyak orang perok kate... gumbira la katakan dah jadik isteri orang.



Selepas akad nikah batal air sembahyang di masjid. Selesai batal air sembahyang kami terus ke rumah untuk sesi bergambar dan minum petang. Antara menu petang nya Laksa Sarang..kuih muih.. mee mihun.. 




Pelamin : Butik Erlina

4 comments :

Assalamualaikum...
Sila tinggalkan Comment anda ^^

 

Since 2010-2017 | Copyright by © Ayu Barbydol. Design by me Ayu Barbydol